KUALA LUMPUR 29 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO mendesak agar kerajaan menghentikan usaha merubah urus tadbir Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang dilihat seolah-olah menjadi sebuah parti politik dengan melantik pegawai-pegawai baharu dalam kalangan orang parti. Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan itu bukan sahaja membebankan institusi Islam, bahkan tidak wajar dicabuli demi memenuhi kepentingan parti politik tertentu dalam institusi tersebut. Sehubungan itu, menurutnya, Yadim terpaksa menanggung kos…










