Welson buru tiket ‘A’ ke Tokyo - Utusan Malaysia

Welson buru tiket ‘A’ ke Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mac – Kejayaan memecah rekod 400 meter gaya bebas kebangsaan menaikkan semangat jaguh renang negara, Welsen Sim untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo menerusi tiket ‘A’.

Welson, 21, mencatat masa tiga minit 49.29 saat dalam Kejohanan Renang New South Wales kelmarin, sekali gus membolehkannya meraih pingat perak bersama rekod baharu kebangsaan.

Perenang Australia, Elijah Winnington meraih gangsa dengan catatan 3:48.68s manakala rakan senegaranya yang juga juara Olimpik, Mack Horton di tempat ketiga 3:50.94s.

Memuatkan artikel berkaitan…

Catatan terbaharu Welson melebur rekod lama miliknya sendiri iaitu 3:49.48s dilakukan di Monaco, dua tahun lalu.

“Saya mahu kembali beraksi dalam Sukan Olimpik.

“Bukan itu sahaja, saya mahu layak secara merit dan bagi merealisasikannya saya perlu melakukan aksi terbaik dalam Kejohanan Dunia nanti,” kata Welson kepada pemberita.

Kejohanan Dunia yang menjadi medan kelayakan ke Sukan Olimpik 2020 dijadual berlangsung di Gwangju, Korea Selatan, Julai ini.

Welson layak beraksi dalam kejohanan itu atas tiket ‘B’ dalam acara 400m gaya bebas dengan catatan 3:56.14s.

Sementara itu, Welson hari ini meneruskan kecemerlangan dalam saingan 200m gaya bebas apabila meraih pingat perak menerusi catatan 1:48.21s.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini