Watson buka cawangan ke-500 - Utusan Malaysia

Watson buka cawangan ke-500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Syarikat kecantikan dan kesihatan antarabangsa, A.S. Watson Group meraikan pembukaan rangkaian farmasi ke-15,000 di pusat beli-belah terbaharu Central i-City, Seksyen 7 di sini.

Pembukaan tersebut sekali gus menjadikan jumlah cawangan yang dimiliki oleh Watsons Malaysia kini mencecah kepada 500 cawangan di seluruh negara.

Pengarah Urusan A.S. Watson Group, Dominic Lai berkata, kejayaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan padu daripada semua pelanggan, komitmen pekerja dan juga kerjasama daripada rakan kongsi perniagaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“A.S. Watson Group merupakan salah satu syarikat yang beroperasi paling lama di dunia iaitu selama 178 tahun sejak ia mula ditubuhkan pada tahun 1841 di Hong Kong.

“Daripada sebuah farmasi di Hong Kong hingga berjaya membuka sehingga 15,000 rangkaian di seluruh dunia, A.S. Watson telah membina hubungan erat dengan para pelanggan dan juga melahirkan sebuah pasukan yang kuat terdiri daripada 140,000 pekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran cawangan terbaharu tersebut pada majlis pelancaran di sini baru-baru ini.

Menurut Dominic, pelbagai kempen akan diadakan di seluruh cawangan Watsons bagi meraikan kejayaan ini termasuk tawaran eksklusif buat ahli Watsons di dalam talian ataupun di luar talian.

Sementara itu, Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh menjelaskan, ia merupakan kejayaan bermakna bagi mereka selepas berjaya mencecah sehingga 500 buah cawangan hanya dalam tempoh 25 tahun sejak pertama kali dibuka pada tahun 1994 di Johor.

“Pelanggan masa kini mahukan pengalaman membeli-belah yang mudah dan tidak merumitkan, jadi kami menyasarkan untuk mengukuhkan kedudukan syarikat dengan menawarkan pelbagai jenis produk di kedai kami,” ujarnya.

Tambah Caryn, Watsons Malaysia akan menawarkan promosi istimewa kepada ahli Watsons ke-15,000 yang bertuah membuat pembelian sama ada di kedai Watsons ataupun secara online dan berpeluang memenangi percutian ke Hong Kong untuk dua orang.

Dalam pada itu, ahli juga akan ditawarkan potongan sebanyak lima peratus di seluruh cawa­ngan dan ganjaran 500 mata dengan pembelian bernilai RM50 ke atas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini