Washington cabuli kedaulatan Syria di Bukit Golan - Utusan Malaysia

Washington cabuli kedaulatan Syria di Bukit Golan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 14 Mac – Seperti biasa, apa sahaja kehendak dan perkara berkaitan Israel, itulah yang akan disokong serta diperjuangkan Amerika Syarikat (AS) selaku sekutu kuatnya.

Press TV melaporkan, terbaharu, Washington dilihat mencabuli kedaulatan Syria di Bukit Golan apabila mengiktiraf kedudukan rejim Zionis di wilayah tersebut.

Ini apabila AS bertindak mengubah penerangan biasa mengenai Bukit Golan di Syria daripada ‘wilayah yang ditakluki Israel’ kepada ‘wilayah yang dikuasai Israel’ dalam laporan hak asasi global yang disiarkan semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rejim Zionis sememangnya telah lama melobi pentadbiran Presiden Donald Trump untuk mengiktiraf kedaulatan Israel di Bukit Golan.

Tel Aviv mendakwa Bukit Golan yang ditawan tentera Israel pada 1967 adalah amat penting untuk keselamatannya.

Bagaimanapun, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menekankan kedaulatan Syria di wilayah itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini