Warga emas maut tercampak kereta - Utusan Malaysia

Warga emas maut tercampak kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU 17 Mac – Seorang warga emas maut selepas tercampak keluar dari kereta Perodua Myvi yang dipandu anak perempuannya dalam kemalangan di Jalan Persisir Bintulu-Miri, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, Low Tze Hian, 64, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, dalam kejadian itu, isteri dan anak perempuan mangsa masing-masing berusia 62 dan 25 tahun hanya mengalami cedera ringan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku ketika kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka dalam perjalanan dari Miri ke Bintulu hilang kawalan ketika melalui satu selekoh tajam.

“Susulan itu, menyebabkan kereta mereka terbabas dan terbalik di pembahagi jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Alexson, mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Bintulu untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini