SUNGAI PETANI 16 Mac – Seorang wanita warga emas maut setelah dilanggar oleh sebuah motosikal semasa melintas jalan di Kilometer 70.1, Jalan Alor Setar-Butterworth, Tikam Batu di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, mangsa, Ramlah Abdul, 73, dari Kampung Bukit Lalang, di sini maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kejadian itu melibatkan sebuah motosikal…










