Warga emas dikhuatiri hilang - Utusan Malaysia

Warga emas dikhuatiri hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 4 Mac – Seorang warga emas dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di Hilir Sungai Burung, di sini sejak dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A.A Anbalagan berkata, kehilangan warga emas itu, Yahaya Mohamed, 80, disedari anak perempuannya selepas lelaki itu tidak balik sejak keluar pukul 7 petang kelmarin lalu anak perempuannya bertindak membuat laporan polis.

“Warga emas tersebut yang juga seorang bekas guru keluar dari rumah dengan menaiki kereta jenis Perodua Kancil berwarna Perak dengan nombor pendaftaran PFJ 9937 kerana mahu menghantar lebihan nasi untuk dijadikan makanan ayam di rumah seorang wanita yang dikenali dengan panggilan Kak Teh di Kampung Terang.

“Sehingga pukul 1.30 tengah hari hari ini, warga emas tersebut masih belum pulang,” katanya di sini hari ini.

Menurut Anbalagan anak warga emas tersebut bimbang tentang keadaan fizikal ayahnya yang telah berusia dengan penglihatan yang kabur.

“Anak-anak lelaki tersebut telah mencari ayah mereka di merata tempat termasuk rumah Kak Teh tetapi dia tidak datang ke situ.

“Anaknya percaya ayah mereka tidak pergi jauh memandangkan kereta yang digunakan agak uzur,” katanya.

Tambah beliau, warga emas tersebut juga mempunyai penyakit Alzheimer dan usaha mencari bekas guru itu giat dijalankan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki berkenaan diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis ditalian

017-4174173 atau 012-4791430 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN