PARIT BUNTAR – Kejadian seorang wanita yang dipukul bapa kandung menggunakan tukul pemecah dinding dalam kejadian di Parit Sungai Melan, Kuala Kurau di sini Isnin lalu, mendapat perhatian Co-opbank Pertama (CBP) hari ini. Organisasi itu tampil memberikan sumbangan kewangan kepada mangsa bagi meringankan kos perubatan selain menawarkan pekerjaan kepadanya. Pengerusi CBP, Kamari Zaman Juhari berkata, pihaknya percaya mangsa, Nur Amanina Nordin, 24, yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari…










