BUKIT MERTAJAM 14 Mac – Meskipun mengalami lebam serta luka seluruh badan termasuk di kepala akibat didera, namun seorang ibu masih cuba menutup perbuatan dua anak dan seorang menantu. Bagaimanapun, penderitaan dan kesakitan warga emas berusia 64 tahun itu berakhir petang semalam selepas dia diselamatkan seorang jiran dari rumahnya di Flat Desa Wawasan di sini. Malah, dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu juga, polis terpaksa memecah pagar besi rumah…










