Wakil kerajaan kecoh apabila DAP dikaitkan komunis - Utusan Malaysia

Wakil kerajaan kecoh apabila DAP dikaitkan komunis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mac – Sesi perbahasan sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila beberapa pemimpin kerajaan meminta Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) supaya segera menarik balik kenyataannya yang mengaitkan parti DAP dengan Komunis.

Annuar Musa
ANNUAR MUSA

P. Kasthuriraani (PH-Batu Kawan) berkata, kenyataan Annuar itu hanya menimbulkan sangkaan jahat dan tidak mempunyai bukti.

“Itu sangkaan jahat Yang Berhormat. Sekiranya boleh membuktikannya, buktikan. Sudah jadi ‘otai’ dalam dewan ini, takkan buat kenyataan macam itu,” katanya yang bangkit meminta Ahli Parlimen Ketereh itu menarik balik kenyataan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu RSN Rayer (PH-Jelutong) pula mendakwa Annuar tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Ketereh ada penyakit. Tidak boleh keluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Berikutan ketegangan itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof memutuskan sama ada kenyataan Annuar perlu ditarik balik atau tidak, pada hari esok.

Katanya, beliau akan melihat hansard Dewan Rakyat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Saya akan melihat keseluruhan hansard hari ini dan kita akan putuskan esok. Saya dengar, seolah olah Yang Berhormat Ketereh mengaitkan kepemimpinan DAP secara langung dengan parti Komunis. Esok, kita akan lihat sama ada seharusnya ditarik balik atau tidak. Setakat apa yang saya dengar tadi, seharusnya ditarik balik,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini