MELAKA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pelajaran mengenai kajian mewajibkan suntikan vaksin imunisasi ke atas kanak-kanak sebelum memasuki sesi persekolahan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, jabatan itu sedia membantu kedua-dua kementerian berkenaan bagi meneliti cadangan mewajibkan suntikan vaksin imunisasi sebelum menetapkan sebarang dasar berhubung perkara tersebut. “Apabila seseorang kanak-kanak tidak mengambil suntikan vaksin imunisasi, dia boleh memudaratkan orang…










