[VIDEO]Tiga individu termasuk dua wanita warga asing ditahan edar dadah - Utusan Malaysia

[VIDEO]Tiga individu termasuk dua wanita warga asing ditahan edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Mac – Polis menahan seorang lelaki dan dua wanita warga asing yang dipercayai pengedar dadah dalam satu serbuan di sebuah apartmen di Puchong, dekat sini semalam.

Kesemua suspek berusia 25 hingga 39 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang kira-kira pukul 11.45 malam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, kesemua suspek ditahan di kawasan meletak kenderaan apartment tersebut dan dipercayai sedang menunggu pelanggan.

“Selain tangkapan, kita turut merampas 1,890 biji pil disyaki dadah jenis ekstasi, pil erimin 5 (200 biji), bahan disyaki dadah ketamin dengan anggaran berat 62.70 gram dan kesemua rampasan tersebut dianggarkan bernilai RM100,000.

“Turut dirampas ialah sebuah kereta jenis Honda CR-V serta Audi Q7, wang tunai RM1,080.00 dan anggaran keseluruhan nilai sitaan kereta berjumlah RM111,080.00,” katanya dalam satu sidang akhbar di IPD Serdang, di sini hari ini.

Menurut Ismadi, siasatan awal mendapati kesemua suspek aktif mengedar dadah sejak tiga bulan lalu untuk dijual kepada pengunjung pusat hiburan di sekitar daerah Serdang.

Jelasnya, suspek lelaki juga didapati mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Tambahnya, kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga 9 Mac depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN