PULAU PINANG 6 Mac – Perhimpunan kira-kira 22 penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, Georgetown di sini bagi membantah arahan pengosongan unit masing-masing bertukar kecoh apabila pegawai Bahagian Perumahan kerajaan negeri bertindak mengunci rumah-rumah penyewa terlibat hari ini. Perhimpunan tersebut yang bermula secara aman kira-kira pukul 10 pagi bagi merayu kerajaan negeri memberi peluang kepada mereka untuk tinggal di rumah tersebut kemudiannya bertukar ‘panas’ selepas kedatangan pegawai Bahagian Perumahan…










