[VIDEO]Kerja-kerja pembersihan Sungai Kim Kim bermula - Utusan Malaysia

[VIDEO]Kerja-kerja pembersihan Sungai Kim Kim bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 14 Mac – Kerja-kerja pembersihan sisa toksik di Sungai Kim Kim, di sini bermula sebentar tadi dengan menggunakan sebuah jengkaut bagi mengorek tebing sungai yang terjejas.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi kejadian mendapati bahawa pihak kontraktor bersama-sama agensi terlibat seperti Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula membuat kerja pembersihan pada 4.15 petang.

 

Jengkaut digunakan bagi mengorek tanah di tebing sungai sebelum diletakkan dalam sebuah beg plastik untuk dibawa ke pusat pelupusan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, pasukan pembersihan melakukan kerja-kerja menanda dan mengenal pasti kawasan tercemar sepanjang 1.5 kilometer ke hulu sungai Kim Kim. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini