[VIDEO]‘Hadiah hari lahir terindah’ - Zakaria - Utusan Malaysia

[VIDEO]‘Hadiah hari lahir terindah’ – Zakaria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 3 Mac – Calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi yang berjaya merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, semalam menyifatkan kemenangannya sebagai hadiah hari lahir terindah dalam hidupnya setakat ini.

Zakaria yang bakal menyambut ulang tahun ke-58, esok berbesar hati apabila diberi kepercayaan pengundi Semenyih untuk membawa suara mereka ke peringkat tertinggi.

Walaupun menyifatkan amanah dan tanggungjawab itu amat berat untuk dipikul, namun Zakaria yakin dapat menggalasnya dengan baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya rasakan ini hadiah hari lahir paling besar. Sebelum ini saya orang biasa, kini sudah jadi pemimpin untuk menyelesaikan segala masalah rakyat. Insya-Allah saya akan lakukan sebaik mungkin.

“Terima kasih sekali lagi kepada semua pengundi kerana memberi mandat ini kepada saya. Inilah yang dikatakan suara rakyat suara keramat,” katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan penduduk di kawasan sekitar Semenyih, di sini hari ini.

BN memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Semenyih semalam selepas Zakaria memperoleh 19,780 undi iaitu majoriti 1,914 daripada pesaing terdekat dari Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali yang memiliki 17,866 undi. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini