KOTA BHARU 20 Mac – Beli 200 biji pil kuda dengan harga pasaran bernilai RM3000 percuma satu gram dadah jenis Syabu.
Itulah pakej dan taktik terbaharu ‘tokan’ dadah di negeri ini dalam mempromosikan serta memperkembangkan rangkaian dadahnya kepada pengedar-pegedar kecil.
Namun kes pertama itu dapat dihidu oleh Polis Kelantan selepas berjaya mematahkan kegiatan itu dalam penahanan dua lelaki di Jalan Taman Manal Jaya Tanah Merah kira-kira pukul 10.30 malam kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan, Supritenden Roslan Yusof Mohamad berkata, bertindak atas matlumat sepasukan anggota Bahagian Siasatan Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanah Merah menahan sebuah kereta jenis proton saga yang dinaiki kedua suspek berkenaan.
Katanya, dalam penahanan itu berlaku pergelutan berlaku anggota polis dengan suspek dan hasil pemeriksaan salah seorang daripada mereka menemukan satu bungkusan plastik warga ungu.
“ Pemeriksaan lanjut pada bungkusan berkenaan terdapat tiga bungkusan plastik cerah dan di dalamnya terdapat satu bungkusan kertas berwarna putih bercop gambar kuda.
“Di dalam bungkusan kertas itu terdapat lapan paket plastik warna biru dan dua paket plastik warna biru disyaki pil Yaba.
“Anggaran keseluruhan pil yang dirampas 12,000 biji pil Yaba seberat 1.2 kilogram (Kg) dan 60 paket berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah syabu dengan anggaran nilai semasa dadah RM189,000,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Roslan berkata, kedua- dua suspek berumur 34 tahun itu merupakan seorang peniaga dan pengawal keselamatan dipercayai memperolehi bekalan dadah dari pembekal dari negara jiran, Thailand.
Katanya, suspek direman bermula kelmarin sehingga Ahad ini dan disiasat mengikut 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori. – UTUSAN ONLINE











