PUTRAJAYA 6 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 April ini sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, hari penamaan calon adalah 30 Mac sementara hari mengundi awal pada 9 April. Katanya, tempoh berkempen yang ditetapkan adalah 14 hari bermula selepas penamaan calon sehingga pukul 11.59 malam pada 12 April ini. “Untuk PRK ini, sebanyak 515 petugas…










