[VIDEO] Women’s March dicemari LGBT - Utusan Malaysia

[VIDEO] Women’s March dicemari LGBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mac – Walaupun sedar gaya hidup lesbian, gay, bisek­sual dan transgender (LGBT) tidak diterima dalam budaya masyarakat negara ini, namun masih ada penyokong golongan berkenaan mahukan hak mereka diiktiraf.

Dalam satu perarakan Women’s March yang diadakan di sini hari ini, penyokong LGBT dirakam melaungkan slogan seperti ‘Hidup LGBT’ dan mengibarkan bendera pelangi yang menandakan sokongan mereka terhadap golongan itu.

Walaupun perarakan itu bertujuan untuk meraikan Hari Wanita Sedunia yang disambut semalam, kelibat penyokong LGBT dilihat mencemarkan perarakan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut portal Sinar Ha­rian, kira-kira 1,000 orang hadir dalam perhimpunan dan per­arakan tersebut yang bermula dari pusat beli-belah Sogo hingga ke Masjid Jamek.

Selain slogan pro-LGBT, peserta turut melaungkan desakan supaya menghentikan perkahwinan kanak-kanak serta menuntut penghapusan diskriminasi jantina, menamatkan keganasan terhadap wanita dan memperkukuh hak wanita.

Portal Malaysiakini pula melaporkan lima tuntutan perarakan tersebut yang 
merangkumi penolakan terhadap perkahwinan kanak-kanak; memastikan hak dan kebebasan wanita untuk membuat pilihan terhadap tubuh serta nyawa mereka sendiri; memastikan gaji minimum RM1,800; menamatkan segala keganasan berdasarkan jantina dan orientasi seksual serta memusnahkan patriarki dan membina demokrasi tulen dalam semua peringkat masyarakat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, polis akan me­manggil penganjur perarakan itu kerana melakukan perhimpunan tanpa mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.

Kata beliau, penganjur hanya memberi notis pemberitahuan kurang 10 hari daripada tarikh perhimpunan.

“Susulan kelewatan tersebut, penganjur gagal mendapat sebarang kelulusan untuk me­nganjurkan himpunan berkenaan dan boleh disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana menganjurkan himpunan tanpa permit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini