PASIR GUDANG 11 Mac – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri mengarahkan dua buah sekolah yang terjejas akibat pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim, kembali ditutup semula hari ini.
Ketua Unit Pasukan Pengurusan Bahan Berbahaya (Hazmat) Johor Bahru, Saiful Bahri Safar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak sekolah memaklumkan terdapat murid dan pelajar yang mengalami sesak nafas disyaki terbau sisa toksik.
“Lebih 20 murid mengadu sesak nafas di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Arahan pengosongan kembali dibuat di kedua-dua sekolah dan murid serta pelajar yang terjejas dibawa ke hospital untuk rawatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE











