[VIDEO] Pencemaran kimia: 3 suspek ditahan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Pencemaran kimia: 3 suspek ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 11 Mac – Pihak berkuasa telah menahan tiga suspek yang dipercayai terlibat dengan insiden pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, di sini, Khamis lalu.

Video oleh NUR AISYAH MAZALAN

Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Datuk Dr. Mohammad Ezanni Mat Salleh berkata, suspek terdiri daripada dua pemilik syarikat dan seorang pekerja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiga individu telah ditahan, melibatkan dua pemilik kilang dan seorang pekerja.

“Kilang terlibat merupakan kilang proses bahan kimia dan sebuah kilang memproses barangan lusuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat satu kilang yang dipercayai terlibat dengan insiden pembuangan bahan kimia itu yang berjarak hanya kira-kira 500 meter daripada lokasi pembuangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini