[VIDEO] Maritim Malaysia lupus 4 bot nelayan asing - Utusan Malaysia

[VIDEO] Maritim Malaysia lupus 4 bot nelayan asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT 5 Mac – Empat bot nelayan asing yang ditahan atas kesalahan menceroboh perairan negara dilupuskan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan cara ditenggelamkan di lokasi kira-kira 7.4 kilometer dari perairan Tumpat, di sini hari ini.

Video oleh GHAZALI BASRI

Pengarah Maritim Pahang, Laksamana Muda Maritim, Datuk Zulkarnain Mohd. Omar berkata, empat bot itu ditahan antara 2014-2018 dan proses pelupusan mengambil masa lama kerana memerlukan kelulusan perundangan termasuk dilucut hak terlebih dahulu.

“Pelupusan dengan cara menenggelamkan ini adalah bertujuan menjadikan bot sebagai tukun tiruan bagi menggalakkan pembiakan ikan dan biodiversiti marin di perairan negara.

“Langkah pelupusan ini juga adalah mesej jelas masyarakat tempatan dan antarabangsa bahawa Maritim Malaysia serius menangani pencerobohan nelayan asing di perairan negara ini,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau dalam pada itu memberitahu, sehingga kini, sebanyak 331 bot nelayan asing dan tempatan telah dijadikan tukun di seluruh negara, dengan 320 daripadanya dilupuskan di negeri-negeri di Pantai Timur.

“Di Kelantan, sebanyak 157 bot telah dijadikan tukun,” katanya.

Menurut beliau, sejak 2006 sehingga kini, sebanyak 1,198 bot nelayan asing telah ditahan melibatkan 10,039 kru nelayan asing dengan kebanyakannya merupakan warga Vietnam dan Indonesia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN