[VIDEO] Lokman Noor Adam koyakkan kain rentang provokasi - Utusan Malaysia

[VIDEO] Lokman Noor Adam koyakkan kain rentang provokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 2 Mac – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam bertindak mengoyak dan menurunkan satu kain rentang berunsur provokasi di Kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menerusi satu video yang tersebar, Lokman Noor bersama beberapa penyokong Barisan Nasional (BN) dilihat mengoyakkan sendiri kain rentang tersebut yang sebelum itu telah mencetuskan sedikit perbalahan antara penyokong BN dan Pakatan Harapan (PH). 

Terdahulu, seorang penyokong PH enggan menurunkan satu kain rentang berunsur provakasi walaupun telah diminta untuk berbuat demikian oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 

Difahamkan kain rentang memaparkan wajah isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu Datin Seri Rosmah Mansor itu merupakan satu kesalahan kerana disifatkan sebagai bahan kempen yang tidak menyertakan nama syarikat pencetak serta tidak mempunyai logo parti. 

Penyokong PH enggan menurunkan kain rentang tersebut sambil menafikan ia merupakan bahan kempen.

Difahamkan SPR akan membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. 

Kain rentang yang turut memaparkan tulisan ‘Malu Apa Bossku…???Siapa Boss?? Akulah Boss.. Ingat Najib Ke!!!’ itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong BN. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN