[VIDEO] Lokman Adam koyak poster lagi - Utusan Malaysia

[VIDEO] Lokman Adam koyak poster lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mac – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam meleraikan provokasi yang dilakukan beberapa pihak semasa program Sembang Santai Bersama Bossku di Restoran Amjal, di sini hari ini.

LOKMAN merampas dan mengoyakkan poster lakaran Najib sebagai badut semasa meleraikan provokasi oleh beberapa individu di Restoran Amjal, Bangsar. – UTUSAN ONLINE

Ketika kejadian, beberapa individu dilihat menaikkan poster berbentuk provokasi kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi tetamu dalam program itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antara poster yang dinaikkan adalah lakaran grafik Najib menyerupai badut dan plakad ‘Tangkap Najib’ serta ‘Pulangkan Duit Rakyat’.

Provokasi tersebut dileraikan setelah Lokman dan beberapa jawatankuasa majlis lain turun dan meminta kumpulan tersebut balik.

Lokman turut mengoyakkan poster gambar badut Najib dan berlaku pergelutan sebelum individu-individu tersebut beredar.

Utusan Online akan cuba mendapatkan komen Lokman selepas program tamat. – UTUSAN ONLINE

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini