[VIDEO] Lebih 100 pelajar mangsa baharu pencemaran toksik - Utusan Malaysia

[VIDEO] Lebih 100 pelajar mangsa baharu pencemaran toksik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 13 Mac – Lebih 100 pelajar dari beberapa sekolah di daerah ini menjadi mangsa baharu pencemaran bahan toksik di Sungai Kim Kim setakat pukul 1 petang ini.

Mereka mendapat rawatan awal di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih di sini bermula pukul  10 pagi tadi. 

Mereka mengalami simptom seperti pengsan, muntah, pening kepala, perit tekak dan pedih mata dipercayai akibat pencemaran sisa toksik.

Memuatkan artikel berkaitan…
PELAJAR mendapat diberikan bantuan kecemasan selepas mentah, loya dan sakit kepala akibat terhidu ba
PELAJAR mendapat diberikan bantuan kecemasan selepas mentah, loya dan sakit kepala akibat terhidu bahan pencemaran bahan toksik di Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor, sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE/ NUR AISYAH MAZALAN

Kelihatan dereran van ambulans tidak henti-henti menghantar dan mengambil mangsa yang terjejas untuk mendapatkan rawatan dan bagi kes serius diruju ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru.

Namun keadaan di dewan berkenaan semakin terkawal sehingga kini, jumlah rasmi mangsa dan sekolah yang terjejas masih belum diumumkan.

PELAJAR mendapat diberikan bantuan kecemasan selepas mentah, loya dan sakit kepala akibat terhidu ba
PELAJAR mendapat diberikan bantuan kecemasan selepas mentah, loya dan sakit kepala akibat terhidu bahan pencemaran bahan toksik di Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor, sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE/ NUR AISYAH MAZALAN

Mesyuarat Pengaktifan Jawatankuasa Kerja bagi menangani kejadian pencemaran toksik di Sungai Kim Kim semalam memutuskan 13 buah di sekitar Pasir Gudang ditutup bermula hari ini sehingga satu tarikh ditetapkan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini