[VIDEO] Kerajaan Pakatan Harapan sokong Palestin - Anwar Ibrahim - Utusan Malaysia

[VIDEO] Kerajaan Pakatan Harapan sokong Palestin – Anwar Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mac – Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kesungguhannya dan kerajaan Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin dan sekaligus mempertahankan kedudukan Baitul Maqdis.

Video facebook/AnwarIbrahim

Penzahiran itu diucapkan oleh Anwar menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun media sosial miliknya, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, video tersebut dirakam di Istanbul, Turki dan dalam video tersebut, Anwar turut ditemani oleh bekas Pengerusi Hamas, Khalid Mashal yang kini tinggal dalam buangan di Qatar.

“Saya di Istanbul dan mengambil kesempatan berbincang dengan tokoh Hamas, seorang yang kita kagumim saudara Khaled Mashal

“Antara isunya ialah mengukuhkan sokongan kepada perjuangan sahih rakyat Palestin terutama bila hadapi percubaan untuk menawan, merampas Baitul Maqdis,” katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson turut memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia secara peribadi akan terus menyokong usaha rakyat Palestin untuk memperoleh kemerdekaan.

“Saya membuat pengakuan bahawa kerajaan Malaysia dan saya sendiri tentunya akan terus memperjuang mempertahankan hak Palestin,” ujarnya.

Sementara itu, dalam rakaman video yang sama, Khaled dalam ucapan ringkasnya berkata, beliau telah mendengar dan memahami pandangan peribadi Anwar dan kerajaan Malaysia.

“Bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila Malaysia menyokong rakyat kami secara rasmi dan patriotik kerana Malaysia juga merupakan negara Islam dan dihormati,” kata Khaled. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini