[VIDEO] 'Geng Imut' terlibat curi motosikal tumpas - Utusan Malaysia

[VIDEO] ‘Geng Imut’ terlibat curi motosikal tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA 1 Mac.- Polis berjaya menumpaskan satu kumpulan curi motosikal dikenali ‘Geng Imut’ apabila menahan enam lelaki di sekitar Puchong di sini pada 18 Februari lalu.

Kesemua mereka yang ditahan terdiri empat lelaki warga tempatan dan warga Indonesia (2)

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, hasil penahanan itu, pihaknya berjaya menemukan lapan motosikal dipercayai dicuri di kawasan sekitar daerah ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua mereka berusia 25 sehingga 30 tahun itu kini masih ditahan reman bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 A dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

“Selain itu, pihak kita juga masih memburu beberapa lagi rakan mereka yang masih bebas,” katanya dalam sidang akhbat di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini