[VIDEO] Gajah jadi tarikan pelancong di Taman Negara Kuala Tahan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Gajah jadi tarikan pelancong di Taman Negara Kuala Tahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT – Kehadiran seekor gajah jantan menjadi tarikan kepada pelancong di Taman Negara Kuala Tahan, di sini.

Gajah yang dianggarkan berusia 10 tahun itu dilihat muncul beberapa kali untuk mencari makanan di tebing Sungai Tembeling.

Seorang pemandu pelancong, Afzal Abdul Aziz, 40, berkata, dia bersama lima pelancong dari Romania terserempak dengan gajah terbabit tiga hari lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini rezeki pelancong Romania itu kerana mereka dapat melihat gajah pada jarak yang dekat dan sempat merakam video serta gambar. 

“Mereka telah datang ke Taman Negara Kuala Tahan tiga tahun berturut-turut namun kali ini baru dapat melihat gajah,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Menurutnya, gajah tersebut muncul ketika mereka dalam perjalanan dari Kuala Keniam menuju ke Kuala Tahan menggunakan bot.

“Gajah ini muncul kali ketiga dalam bulan Mac dan pelancong amat teruja melihatnya dari jarak dekat,” ujarnya.

Dia memberitahu, haiwan liar itu tidak bertindak agresif kerana ia hanya keluar mencari makanan.

“Ini boleh menjadi tarikan baharu kepada pelancong yang datang pada musim panas ini,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini