[VIDEO] Bukit Merah semakin popular, jadi tumpuan pendaki - Utusan Malaysia

[VIDEO] Bukit Merah semakin popular, jadi tumpuan pendaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT – Bukit Buloh atau lebih dikenali sebagai Bukit Merah kini semakin popular di kalangan penggemar aktiviti pendakian di daerah ini.

Bukit Merah yang terletak di Felda Padang Piol, di sini mempunyai laluan yang agak mencabar dengan ketinggian 371 meter dari aras laut.

Pokok-pokok yang unik dengan batang dan dahannya berwarna kemerahan telah menarik lebih ramai pendaki dari seluruh Malaysia untuk menguji ketahan mental dan fizikal. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Lokasinya terletak tidak jauh dari pusat bandar hanya kira-kira 20 kilometer dan pendaki akan mengambil masa hampir 45 minit untuk sampai ke puncak bukit dengan laluan hampir dua kilometer. 

Laluan yang agak sukar menyebabkan pendaki perlu lebih berhati-hati bagi mengelak kejadian yang tidak diingini. 

Wartawan Kosmo! berkesempatan menyertai pendakian bersama sekumpulan pendaki termasuk dari Kelab Sukan Lasak Pendidikan Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN