[VIDEO] Bossku melawat mangsa pencemaran toksik - Utusan Malaysia

[VIDEO] Bossku melawat mangsa pencemaran toksik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 16 Mac – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat kemunculan yang tidak disangka-sangka malam ini apabila hadir di pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Gudang (MPPG) di sini.

Kehadiran beliau yang sedang mengadakan program selama tiga hari di negeri ini mengejutkan para petugas dan mangsa-mangsa pencemaran toksik di Sungai Kim Kim yang sedang bertugas dan mendapatkan rawatan.

NAJIB RAZAK dikeremuni orang ramai semasa meninjau dan melawat petugas serta mangsa pencemaran toksi
NAJIB RAZAK dikeremuni orang ramai semasa meninjau dan melawat petugas serta mangsa pencemaran toksik Sungai Kim Kim di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Pasir Gudang, Johor, malam ini. – UTUSAN ONLINE/ FARID JANUDIN

Walaupun agak lewat apabila hadir pada pukul 10.30 malam, Najib tetap meluangkan masa kira-kira 20 minit beramah mesra dan bertanyakan khabar serta perkembangan mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu lebih 100  pengikut setia beliau yang kini popular dengan jolokan Bossku menunggu kehadirannya di pekarangan stadium dan difahamkan lawatan itu pada mulanya tiada dalam jadual Najib. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini