Usahawan bina lebuh raya paling kecil, sindir kerajaan Romania - Utusan Malaysia

Usahawan bina lebuh raya paling kecil, sindir kerajaan Romania

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUCHAREST, Romania – Seorang usahawan membina sebuah lebuh raya sepanjang hanya satu meter di timur laut Romania bagi membantah kekurangan lebuh raya di negaranya, lapor Perbadanan Penyiaran Britain kelmarin.

Kecewa ke­rana ketiadaan infrastruktur tersebut di rantau Moldavia yang dihuninya, Stefan Mandachi mewartakan sendiri lebuh raya kerdil itu yang dibina dengan kos AS$5,000 (RM20,459).

Kempen itu berlangsung selama beberapa minggu dengan tujuan untuk mencuri perhatian orang ramai dan kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beratus-ratus penyokongnya hadir pada majlis perasmian lebuh raya pa­ling pendek di dunia itu kelmarin.

“Kami mahu menyatukan penduduk Romania berhubung isu ini. Kami mahu mempunyai banyak lebuh raya,” kata­nya kepada BBC.

Lebuh raya mini itu dibina di atas sebidang tanah miliknya di tepi jalan utama di Suceava, sebuah kawasan di Romania yang langsung tidak mempunyai lebuh raya.

Romania memiliki antara rangkaian lebuh raya paling pendek dalam Ke­satuan Eropah atau merangkumi jarak cuma 806 kilometer di sebalik saiznya hampir menyamai negara Great Bri­tian. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini