Usah ratapi pemergian saya - Yusri - Utusan Malaysia

Usah ratapi pemergian saya – Yusri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – “Tidak perlu meratapi pemergian saya,” demikian luah ketua jurulatih Kuala Lumpur, Yusri Che Lah selepas mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai pengendali skuad Warga Kota sebentar tadi.

Keputusan tersebut dilakukan ekoran Yusri gagal memberikan sebarang keputusan positif apabila tewas dalam semua lima perlawanan pembukaan Liga Super 2019.

Yusri menjelaskan, keputusan yang diambil demi kebaikan pasukan meskipun lima perlawanan dihadapi sebelum ini tidak setaraf dengan skuad Warga Kota.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tidak perlu meratapi pemergian saya kerana dalam bola sepak, keluar dan masuk itu merupakan suatu perkara biasa.

“Memang sukar sebagai jurulatih muda seperti saya untuk tampil dan umumkan peletakan jawatan, namun apa yang saya lakukan adalah untuk kebaikan pasukan ini.

“Dalam etika kerja, sekiranya saya gagal dan tidak mampu membawa pasukan ini, saya rela dikenakan tindakan walaupun sehingga kini pihak pengurusan belum memberikan sebarang tindakan.

“Saya juga sedar apabila berdepan Pahang, Johor Darul Ta’zim, Terengganu FC I, Melaka United dan Selangor yang bukan setaraf kami, tetapi keputusan ini dilakukan atas prihatin kepada majikan dan enggan menambahkan beban,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.

Yusri menegaskan, beliau tetap meletakkan kepercayaannya kepada setiap pemain skuad Warga Kota dan tidak menganggap mereka telah membunuh kariernya di Kuala Lumpur.

“Jujurnya saya tidak merasakan pemain membunuh saya di sini kerana saya meletakkan kepercayaan tinggi kepada setiap pemain,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini