Universiti Malaya kembali tawar program Sarjana Muda Farmasi - Utusan Malaysia

Universiti Malaya kembali tawar program Sarjana Muda Farmasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Universiti Malaya (UM) akan menubuhkan Fakulti Farmasi dan kembali menawarkan program Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) mulai sesi pengajian tahun 2019/2020.

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan berkata, Lembaga Pengarah UM telah meluluskan penubuhan fakulti tersebut sekali gus membolehkan universiti itu menawarkan program Sarjana Muda Farmasi yang telah dihentikan pada tahun lalu.

Jelasnya, penawaran kembali program itu merupakan saranan dan pandangan Lembaga Farmasi Malaysia bahawa program farmasi tidak wajar diberikan akreditasi tanpa adanya fakulti tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lembaga Pengarah UM telah meluluskan penubuhan Fakulti Farmasi selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan termasuk pandangan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik, Parlimen dan orang awam.

“Bagi tujuan itu, pihak UM juga telah mengambil segala langkah yang perlu termasuk aspek tenaga pengajar dan kemudahan – kemudahan lain bagi membolehkan fakulti itu beroperasi dalam waktu terdekat,” katanya.

Menurut kenyataan itu, permohonan kemasukan ke fakulti itu akan dibuka bagi sesi kemasukan2019/2020 dengan pengambilan kira-kira 40 orang pelajar untuk mengikuti Sarjana Muda Farmasi (Kepujian).

Jelasnya, selain program itu, Fakulti Farmasi juga menawarkan Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Penyelidikan) yang akan dipinda kepada Ijazah Sarjana Sains Farmasi(Penyelidikan) dan Ijazah Doktor Falsafah(Penyelidikan).

Tambahnya, kementerian berpandangan langkah penubuhan Fakulti Farmasi akan memenuhi keperluan semasa sekaligus melonjakan reputasi dan kedudukan UM dalam sektor pendidikan tinggi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini