KUALA TERENGGANU 29 Mac – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini melakar sejarah sebagai universiti pertama di pantai Timur yang mengadakan Persidangan Parlimen Mahasiswa. Persidangan yang julung kali diadakan itu memberi peluang kepada kalangan pemimpin pelajar menyuarakan pendapat mereka secara berhemah di samping menjadi platform dalam menyalurkan idea dan cadangan kepada pihak pengurusan universiti. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniSZA, Prof. Madya Dr. Mohd. Afandi Salleh…










