SHAH ALAM – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bakal dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kepimpinan Islam dalam Istiadat Konvokesyen ke-90 Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabtu ini. Pegawai perhubungan awam UiTM, Firdaus Abd. Hanan berkata, penganugerahan ijazah kehormat itu akan disampaikan oleh Tuanku Canselor, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Jelas Firdaus, turut berkenan berangkat pada istiadat penganugerahan itu adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar dan Putera Abdul Mateen Sultan Bolkiah. Dalam perkembangan sama, Firdaus turut menjelaskan pada tahun ini, UiTM menganugerahkan ijazah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya