Tuntut insurans selepas kerat tangan - Utusan Malaysia

Tuntut insurans selepas kerat tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LJUBLJANA 12 Mac – Polis Slovenia mendakwa seorang wanita di sini sengaja memotong pergelangan tangannya sendiri dengan mesin gergaji bulat untuk membuat tuntutan insurans palsu.

Lapor BBC, wanita berusia 21 tahun dan identitinya tidak didedahkan itu didakwa berbuat demikian dengan bantuan ahli keluarganya.

Jika disabit kesalahan, wanita dan seorang lagi ahli keluarganya yang kini ditahan berdepan hukuman penjara selama lapan tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut polis, wanita terbabit baru membeli polisi insurans kecederaan dan bakal memperoleh pampasan kira-kira AS$450,000 (RM1.8 juta) selain menerima bayaran bulanan kira-kira AS$3,377 (RM13,772) daripada polisi tersebut.

Empat ahli keluarga wanita itu ditahan awal tahun ini namun dua daripadanya telah dibebaskan.

Menurut polis, mereka sengaja memotong tangan wanita berkenaan di rumah mereka di sini.

Mereka kemudiannya mem­­­bawa wanita itu ke hospital dan menyatakan dia cedera semasa sedang memotong dahan kayu.

Pihak berkuasa berkata, suspek sengaja tidak membawa tangan yang dipotong itu ke hospital, bagi memastikan kecacatan wanita tersebut adalah kekal.

Namun pihak berkuasa berjaya menemukan semula bahagian tangan yang dipotong dan berjaya menyambungnya semula. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini