PASIR GUDANG 15 Mac – Kerajaan negeri perlu menunggu laporan ujian toksikologi dari Jabatan Kimia bagi memastikan kewujudan elemen sianida berhubung insiden pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, pihaknya belum dapat memastikan kesahihan perkara itu. “Kita tunggu laporan ujian daripada Jabatan Kimia sebelum memaklumkan berhubung perkara ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu mengiringi Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong melawat pusat rawatan awal pencemaran toksik Sungai Kim Kim di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya