PASIR GUDANG 14 Mac – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hadir ke Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana di sini petang ini.
Dr. Mahathir tiba pada pukul 5.56 petang manakala Dr. Wan Azizah tiba lebih awal iaitu pukul 4.30 petang.
Kedua-dua pemimpin tertinggi negara itu kemudian menghadiri sesi taklimat pengurusan berhubung pencemaran toksik yang disampaikan pihak agensi terlibat.
Memuatkan artikel berkaitan…
Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Osman Sapian dan Menteri Tenaga, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin. – UTUSAN ONLINE











