GOMBAK – Seorang tukang masak maut selepas digilis beberapa buah kenderaan dalam satu kemalangan di Kilometer 441.9 Lebuh Raya Utara Selatan di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, dalam kejadian sekitar pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Basori Nanyan, 41, sedang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 miliknya sendirian dari arah Utara menghala ke Selatan. “Setibanya di lokasi, motosikal ditunggang mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh besi penghadang jalan di tengah lebuh raya. “Akibat rempuhan tersebut, mangsa yang bekerja sebagai tukang masak di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya