HULU TERENGGANU – Kegembiraan pasangan tunang berkelah di kawasan Air Terjun Belukar Bukit semalam berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut akibat lemas. Dalam kejadian pada pukul 4.36 petang itu, Wan Mohammad Raffiq Abdul Karim, 29, yang merupakan seorang tukang masak di kantin Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu lemas ketika asyik bermandi-manda di kawasan perkelahan terbabit. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd.…










