KASHMIR 2 Mac – Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh termasuk empat anggota keselamatan India, dua anggota kumpulan pemisah dan seorang penduduk awam dalam insiden tembakan di daerah Kupwara di sini. Al Jazeera melaporkan, insiden itu berlaku selepas pasukan keselamatan India melancarkan operasi membanteras kumpulan pemisah di Kupwara. Penduduk awam yang terkorban itu dikenali sebagai Wasim Ahmad Mir berusia 21 tahun. – AGENSI










