Trump, CEO Boeing bincang nahas MAX 8 - Utusan Malaysia

Trump, CEO Boeing bincang nahas MAX 8

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 13 Mac – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Boeing, Dennis Muilenburg bagi membincangkan nahas pesawat Boeing 737 MAX 8 yang mengorbankan 157 orang baru-baru ini.

Perbincangan melalui telefon itu dilakukan selepas Trump membuat kenyataan dalam Twitter menjelaskan ‘kapal terbang menjadi semakin kompleks untuk diterbangkan’.

Menurut sumber industri, Muilenburg memberi jaminan kepada Trump bahawa pesawat jenis itu adalah selamat dan ‘boleh dipercayai’.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beberapa negara melaksanakan arahan melarang pesawat Boeing 737 MAX 8 daripada memasuki ruang udara susulan nahas melibatkan Ethiopian Airlines dekat Addis Ababa, Ahad lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini