Top Glove selesai tawar bon boleh tukar AS$200 juta - Utusan Malaysia

Top Glove selesai tawar bon boleh tukar AS$200 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Mac – Top Glove Corporation Bhd telah menyelesaikan langkah terbitan bon membabitkan bon boleh tukar pertamanya dalam jumlah prinsipal US$200 juta (RM814.1 juta) pada 1 Mac, 2019.

Bon berkenaan disenaraikan di Bursa Malaysia dan SGX pada 4 Mac, 2019, kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Terbitan bon boleh tukar itu bertujuan memberi penjimatan dari segi faedah bank dengan melunaskan pinjaman sedia ada dan sebahagian besar daripada hasil itu akan digunakan bagi tujuan pembayaran hutang.

“Langkah terbitan bon itu tidak akan meningkatkan pinjaman atau nisbah hutang syarikat. Bon itu sebaliknya akan membawa kepada potensi penjimatan aliran tunai kira-kira RM16 juta dalam bentuk faedah, setahun,” katanya.

Menurut Top Glove, bon itu ditetapkan pada harga 2.0 peratus setahun bagi tempoh tetap lima tahun dan kadar kupon itu dianggarkan 50 peratus lebih rendah daripada kos faedah sedia ada membabitkan pembayaran pinjaman berkadar kira-kira 4.0 peratus setahun. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN