TNB lantik Presiden, CEO baharu - Utusan Malaysia

TNB lantik Presiden, CEO baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mac – Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini melantik Amir Hamzah Azizan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 2 April 2019.

AZMAN MOHD.

Menurut syarikat utiliti nasional itu, Presiden dan CEO TNB, Datuk Seri Azman Mohd. meletakkan jawatan beliau berkuat kuasa 31 Mac 2019.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, lembaga pengarah menerima persetujuan Pemegang Saham Istimewa, Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MoF Inc.) yang meluluskan pelantikan Amir bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa mulai 2 April 2019 hingga 1 April 2022.

“Amir merupakan Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif UEM Edgenta Berhad dan CEO Themed Attractions Resorts & Hotels Sdn. Bhd. sejak 2017 sehingga kini.

AMIR HAMZAH AZIZAN

“Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan (Kewangan dan Ekonomi) dari Syracuse University, New York, Amerika Syarikat,” katanya dalam makluman Bursa Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini