TMJ bimbang Statut Rome jejas kedudukan Agong - Utusan Malaysia

TMJ bimbang Statut Rome jejas kedudukan Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mac – Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempersoalkan kewajaran penyertaan Malaysia dalam Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Menurut baginda, penyertaan itu dikhuatiri menggugat kedudukan Yang di-Pertuan Agong selaku pemerintah tertinggi di negara ini.

Baginda malah mengingatkan, bahawa tindakan yang memberi kesan kepada pemerintah tertinggi perlu terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-raja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) ini digubal oleh United Nations (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu). Siapa yang mendapat faedah daripadanya? Hanya beberapa kuasa besar. Bagaimana mereka itu tidak pernah mempersoalkan apa yang berlaku kepada rakyat Palestin dan bagaimana rakyat tersebut menderita?

“Ini tidak bagus buat Raja-Raja, Melayu dan Islam. Tanpa anda menyedari, kita selaku orang Melayu telah mempermudahkan mereka untuk mencapai matlamat dan agenda mereka.

“Inilah akibatnya apabila ada segelintir pihak mahu terlalu liberal. Kita sentiasa harus mempertegakkan Islam,” katanya seperti dipetik dalam akaun Facebook rasminya, malam tadi.

Tunku Ismail mengulas mengenai penyertaan Malaysia dalam Statut Rome ICC yang mencerminkan komitmen negara terhadap usaha-usaha membanteras jenayah antarabangsa untuk mencapai keamanan dan keselamatan sejagat.

Menurut Wisma Putra, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah telah menandatangani Instrumen Kesertaan untuk Malaysia menyertai Statut Rome bagi ICC hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini