Tindakan terhadap kumpulan bantah Streram ikut peraturan parti - Utusan Malaysia

Tindakan terhadap kumpulan bantah Streram ikut peraturan parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 6 Mac – Tindakan disiplin terhadap 11 pengerusi dan setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang membuat bantahan menolak Dr. S. Streram sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN tersebut akan dibuat mengikut peraturan parti.

Pengerusi PKR negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, siasatan akan dijalankan terlebih dulu sebelum memutuskan bentuk tindakan yang hendak diambil.

“Bukan boleh dipecat begitu saja, ada peraturan yang perlu diikuti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau sampai kepada (tahap) pecat, maka (parti akan) pecat (mereka yang terlibat), kalau tidak (sampai ke tahap pecat), (maka) tidak (pecat),” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sesi Pengundian Rumah Mampu Milik Type A di Taman Bukit Sarimban dekat Sikamat di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan 11 pengerusi dan setiausaha MPKK DUN Rantau yang mempertahankan pendirian menolak Dr. Streram yang juga Timbalan Ketua PKR Cabang Rembau, menjadi calon PH bagi kerusi DUN tersebut.

Mereka juga sanggup dikenakan tindakan disiplin termasuk dipecat kerana pendirian itu.

Pada Ahad lalu, kumpulan itu telah mengadakan sidang akhbar menyatakan pendirian mereka.

Aminuddin juga enggan mengulas kesanggupan kumpulan itu dikenakan tindakan pecat akibat pendirian tersebut.

“No komen (ulasan), kalau sudah sanggup memanglah (itu tindakannya),” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini