MESKIPUN tampak mudah untuk melaksana–kannya, namun bebanan yang dipikul semasa berada di pentas bukan semudah disangka terutama semasa pertandingan diadakan di ‘laman sendiri’. Mungkin, ada yang menyaksikan pertandingan Tilawah al-Quran menganggap menjadi qari atau qariah adalah perkara mudah. Malah, ada yang berkata, ‘bukan susah pun, baca sajalah ayat-ayat al-Quran yang telah tertera dalam naskhah suci tersebut’. Namun, tugasan sebagai qari atau qariah tidak semudah itu kerana debaran berada di pentas…










