Tiga ditahan terlibat kes tetak - Utusan Malaysia

Tiga ditahan terlibat kes tetak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 17 Mac- Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kes tetak dengan sebilah parang membabitkan seorang lelaki di kawasan pasar Sinsuran, kelmarin.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kesemua suspek berumur antara 28 dan 33 tahun itu berjaya diberkas sebaik sahaja kejadian berlaku.

“Hasil penahanan mereka, kita telah merampas sebuah kereta, sebilah parang dan sebatang kayu yang digunakan dalam insiden itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, mangsa yang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth dilaporkan stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Habibi, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959 dan 1963.


Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa berusia 40 tahun cedera ditetak di tangan kiri dan belakang leher di kawasan pasar tersebut.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini