Tidak sangka gurauan bapa jadi kenyataan - Utusan Malaysia

Tidak sangka gurauan bapa jadi kenyataan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM 26 Ma – “Lepas ini kalau kemalangan lagi aku matilah.”

Itu kata-kata yang sering disebut Abu Bakar Ahmad, 58, kepada anak-anaknya selepas terselamat tanpa sebarang kecederaan dalam dua kemalangan yang menimpa­nya kira-kira lima tahun lalu.

Menurut anak ketiga arwah Mohamad Khirul Azran, 25, mereka adik-beradik tidak me­rasakan keganjilan pada gurauan itu yang kerana diulang sambil memberitahu hidup mati seorang pemandu lori adalah bersama kenderaan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ayah pernah kemalangan sebanyak dua kali namun dia tidak cedera langsung walaupun kepala lori yang dipandunya remuk teruk. Sebab itu dia selalu cakap, jika kali ketiga kemalangan, dia tiada (maut).

“Masa dia cakap, saya rasa biasa sahaja sebab dia selalu beritahu, memandu lori ini, mati pun dengan lori. Malah, dia pernah cakap, jika kita tidak hentam (langgar) orang, orang yang akan hentam kita,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Slim River di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 7.39 malam di Kilometer 379.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara semalam, pemandu lori tangki membawa susu getah itu maut bersama anak lelakinya Mohamad Khirulafifi, 26, setelah dirempuh sebuah treler tanpa muatan di lorong kecemasan.

Kemalangan tersebut berlaku ketika Abu Bakar sedang membantu membaiki kerosakan lori tangki bermuatan sama yang dipandu anaknya itu sebelum sebuah treler yang dipandu seorang lelaki ber­usia 29 tahun merempuh mereka dan terbabas ke pembahagi jalan.

Mohamad Khirul Azran memberitahu, ketika kejadian, bapa dan abangnya dalam perjalanan pulang ke rumah di Baling, Kedah selepas menghantar muatan susu getah apabila lori dipandu abangnya mengalami kerosakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini