Tidak perlu timbul isu keraguan - Utusan Malaysia

Tidak perlu timbul isu keraguan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mac – Isu membabitkan keraguan sama ada dalam kalangan pemimpin parti baik daripada Pas ataupun UMNO tidak wajar ditimbulkan sekiranya kedua-dua parti itu sepakat untuk menjalinkan kerjasama ummah.

Penganalisis politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, perkara tersebut tidak perlu diada-adakan ataupun ditimbulkan sama sekali kerana dilihat akan menjejaskan hubungan kedua-dua pihak.

Sebaliknya beliau berkata, setiap kekurangan yang ada menerusi bentuk kerjasama itu perlu dibincang secara konsensus dan profesional.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua-dua parti ini perlu bertolak ansur dalam semua perkara jika mahu memastikan kerjasama yang dibina ini boleh membawa kepada kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.

“Pada saya isu keraguan ini hanya timbul di kebanyakan pemimpin Pas dan punca rasa curiga itu timbul tidak pasti namun berdasarkan fahaman pergerakan parti ini mungkin disebabkan oleh bentuk penindasan Barisan Nasional (BN) terhadap Pas semasa parti itu menjadi kerajaan.

“Dan perkara itu adalah semasa pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, bukan dengan kepimpinan BN sekarang ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengular berhubung terdapat dakwaan beberapa pemimpin Pas meragui kerjasama UMNO-Pas dalam mewujudkan kerajaan campuran di empat negeri iaitu di Kelantan, Pahang, Perlis dan Terengganu.

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Malaya, Dr. Muhammad Shamshinor Abdul Azzis berkata, tindakan Pas yang berasa curiga terhadap bentuk kerjasama dengan UMNO adalah kerana pernah dikecewakan rakan sekutu.

“Ini kerana bukan kali pertama Pas ditawarkan untuk menjadi ‘kawan’ dalam politik dan oleh sebab sejarah itu menunjukkan Pas sebenarnya banyak lawan tetapi dalam masa yang sama ada yang mahu berkawan.

“Bagaimanapun kerjasama ini nampak berjaya dalam membentuk kerajaan perpaduan namun, dalam masa sama terdapat perbezaan cara dalam UMNO dan Pas yang perlu ditoleransikan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini