‘Tidak mungkin sertai Juve’ - Utusan Malaysia

‘Tidak mungkin sertai Juve’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 10 Mac – Pep Guardiola menafikan segala khabar angin yang mendakwa dia akan me­nyertai Juventus sebaliknya me­negaskan akan kekal bersama Manchester City.

Sebelum ini Guardiola dilaporkan secara lisan telah bersetuju dengan tawaran kontrak empat tahun untuk menggantikan Massimiliano Allegri.

“Saya tidak faham mengapa orang mengatakan saya akan pergi ke Juventus, sebaliknya tidak menghubungi kelab atau saya mahupun ejen saya. Apa yang saya mahu katakan, saya tahu media sosial, hari ini, memainkan peranan penting. Tetapi saya tidak faham mengapa media memaparkan berita sebegini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya minta maaf kepada Massimiliano Allegri, saya masih mempunyai kontrak dua tahun lagi dan saya tidak akan berganjak, kecuali jika saya dipecat,” kata Guardiola selepas menyaksikan pasukannya menundukkan Watford 3-1.

Sementara itu, mengulas pula mengenai aksi City, hari ini, Guardiola tidak berpuas hati dengan persembahan Raheem Sterling sekalipun pemain itu mencipta hatrik.

“Dia boleh bermain lebih bagus, dalam babak pertama dia sepatutnya mempamerkan persembahan yang lebih baik. Tiga gol memang hebat, tetapi dalam babak pertama dia tidak banyak membantu kami untuk bertahan, dan sebaliknya, membiarkan lawan merampas bola,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini